Followers

Sunday, October 13

Raya weyyHh..!! :D

Masih berpeluang lagi menghirup Udara segar....cehhHh... Hehehe... penat sangat...memandangkan Hari Raya Adil Adha...so esok cuti dan hari selasa...Rabu sekolah dah...

~RAYA AIDIL ADHA~

Raya Aidil fitri mahupun Raya Adiladha....

hendaklah menghidupkan malam Hari Raya
Allah berfirman di dalam Al-Quran

"Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (hari terakhir Ramadan 30 hari) dan kamu mengagungkan Allah (bertakbir raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkan kepada kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bersyukur." Kemuliaan Hari Raya juga diterangkan di dalam Hadis seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda barang siapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang yang kafir ingkar pada hari kiamat. .

seseorang muslim itu adalah digalakkan agar menghidupkan malam hari raya dengan amalan-amalan yang boleh mendekatkan dirinya kepada Allah bagi menjamin hatinya tidak akan mati pada hari kiamat. Adalah lebih baik mengemas rumah, menjahit baju yang masih belum siap, menggosok pakaian raya untuk persiapan solat pagi raya bagi membesarkan Allah, menggantung langsir dengan niat mencantikkan rumah, kerana Allah suka kepada yang indah dan cantik, daripada menghabiskan sepanjang malam raya dengan menonton rancangan televisen, apatah lagi rancangan hiburan, filem, seloka Aidilfitri, mendengar lagu raya yang mengasyikkan, kerana tindakan itu sedikit sebanyak boleh menjejas pahala yang kita raih sepanjang bulan Ramadan. 

Aktiviti pagi raya .....
1. Aidilfitri digalakkan bersarapan terlebih dahulu.
 2. Mengenakan pakaian raya yang baru (tapi ia bukan satu kemestian) serta berwangi-wangian bagi orang lelaki. 
3. Bersegera pergi ke tempat solat, sama ada masjid, surau, dewan terbuka atau di tanah lapang, iaitu dengan melalui jalan lain dari jalan yang dilalui sebelum menunaikan solat. 
4. Antara amalan yang patut dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri.
 5. Pada pagi Hari Raya, umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. 
6. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah jiran tetangga, sanak saudara dan rakan taulan. Ini kerana mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau.

awal kah?? hehhe...malam ney  membuta lah nmpaknya...tunggu mama balek baru buat buras..nyum..nyumm..
tapi mengantok dah ney.... hahhaha...my bff sampai dah agaknya...MIA Wc to TAWAU...dear..hehhehe...
mau tidur lah dulu....sekejap...tHen bangun.... :)

     Allah azzawajallah.... 
akhir kata dari rika.
Wassalam...




No comments:

Post a Comment

 

Miss Rika Officially Blog.... (^_^) Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting